Ya Tuhan, bersalin kali ni rasa macam tak percaya. Bila doktor suruh teran, terkebil sungguh aku sebab rasa cepat sangat.
Lepas checkup 40 minggu hari khamis 28/2/2019 tu, Dr Linda bagi aku masa sampai 11 Mac sahaja, kalau takda rasa nak bersalin juga terpaksa la induce. Aku pun cakap ke Muiz, kalau bersalin ahad best juga ni. Tarikh cantik 😂 3/3/2019.
Maka sabtu tu 2/3/2019 aku tenang-tenang teman Fatin shopping kat The Curve. Balik dari shopping ajak pula Muiz jalan kat pasar malam. Malam tu aje dinner kueteow goreng kerang, yongtaufu, nasi ayam dan kek batik. Nafsu sungguh 😂 malam tu Muiz minta izin pergi futsal kalau keadaan aku ok. Aku pun ok je sebab belum ada tanda apa-apa.
Rupanya malam tu ombak kontraksi bermula. Lepas tidurkan Iman, aku pun gigih tekan timer kontraksi tapi akhirnya tertidur sebab penat berjalan dan kenyang sangat barangkali. Bangun subuh pergi bilik air nampak ada tanda spotting. Teruja keluar kejut Muiz, “today is the day!” 😁
Settle solat subuh dan dhuha, aku sambung jalan itik setempat dan practice deep breathing sambil layan kontraksi dengan selang masa 7 minit. Lepas tu baca quran sambil slowly bouncing atas gymball sementara tunggu Muiz mandikan Iman, basuh baju dan keringkan kat dobi. Lebih kurang pukul 12 baru bertolak ke Rampai Puteri Medical Centre. Tapi sebelum tu singgah kejap hantar Iman kat rumah nenek, Alhamdulilah Mama, Papa & Kakak Dina pun ada, ramai la sudi nak melayan.
Muiz pun pecut lah nak ke hospital sampai aku kena remind, relaks la contraction bearable. Lepas check ctg dan nurse buat VE, terus depa call Dr Linda sebab dah bukaan 7cm! Eh seriuslahh? Dulu masa iman 7cm tu aku dah menggigil je sampai minta painkiller 😂
Admitted, tukar baju, solat zohor, terus kena tolak pi labour room. Sebenarnya dalam birth plan aku minta nak try all-four position tapi Dr Linda suruh try mengiring, lagi relaks katanya sebab boleh peluk pinggang husband sebagai sokongan. Kita ok je la hihi janji selamat semuanya.
Teran kali ni Dr Linda ajar J breathing, dah macam mengaum aku dalam LR tu. Beranak kat Iman dulu senyap je teran, yang kali ni bising sungguh 😂 so Alhamdulilah selepas beberapa kali mengaum keluar la si kecil yang berat sama macam Iman, 3.3kg.
Tercapai la semua doa dan hasrat dalam birth plan kecuali yang birth position tu, dan jujurnya bersalin mengiring tak best ok! Lol limited sangat rasa space nak meneran. Tapi Alhamdulilah pengalaman kali ni sangat tenang dan positif tanpa apa-apa painkiller dan baby latch laju immediately lepas bersalin, MasyaAllah!
Dengan berat mencecah 101kg, aku bersyukur sangat jumpa Dr Linda sebab beliau sangat positif dan selalu support pilihan client dengan syarat, mak mesti dalam kategori berisiko rendah. Excited je tiap kali appointment walaupun jumpa 10-15 minit ja pun. Tapi her words of encouragement sangat memberi kesan sampai selamat bersalin semua 😊
Alhamdulilah Alhamdulilah, kakak Iman sangat excited dok kiss adik non stop! Begitulah cerita kelahiran anak ke 2 kami yang diberi nama Naura Yasmin. Overdue 3 hari, lahir 3/3/2019 dengan berat 3.3kg pukul 3.43pm. Banyak betul kan no 3 kali ni. Hehe memang saja nak bagi orang ingat Birthday dia 😂😂