Dec 13, 2011

Bila Cinta Bicara

Memang tak dapat dinafikan dari hari ke hari kita semakin dibelengu masalah cinta. Acap kali kita tengok pasangan yang bahagia, macam belangkas, macam tak boleh hidup kalau salah seorang hilang, esok lusa tiba-tiba berperang, tiba-tiba yang disayang tu macam orang asing lalu semua janji yang diungkap hilang langsung bersama bayangnya. Mula kita tak nampak jalan hadapan, hilang segala semangat, sampai kering air mata jadi saksi penderitaan, setiap hari menyalahkan diri, takdir, habis terganggu semua rutin hidup. TAPI SAMPAI BILA?

Memang tak mudah, bila nak buang seseorang yang dah menjadi sebahagian dari kita, yang dah terbiasa bersama. Tapi kita semua sedar dalam dunia ni memang tak ada yang kekal. Dan sedarlah sayang, yang penderitaan kita ni pun tak kekal, dengan syarat kita bersedia untuk melepaskan semuanya, redha, pasrah dan letakkan sepenuh harapan pada Dia. Masih ingat Dia? Dia yang satu, yang sentiasa menjaga dan mencintai kita, yang sentiasa ada walaupun kita sentiasa melupakanNya. Memang susah sebab kita tak nampak Dia, tapi sebenarnya Dia lah yang paling hampir sekali dengan kita, yang selalu benar melihat, mendengar dan mengetahui tiap-tiap yang nyata dan tersembunyi dari kita. Dia, Ya Ilahi. Bila kita bercerita masalah pada orang lain, kadang-kadang kita tak jujur, kadang-kadang kita tertinggal part-part yang kita taknak orang tahu, sembunyikan salah dan kelemahan kita supaya senang benar orang simpati pada kita, tapi bila kita bercerita pada Dia, Dia lah yang paling berfikiran terbuka, pendengar yang paling setia untuk mendengar setiap satu cerita, rintihan, tangisan jujur hamba-hambaNya tanpa jemu, betul tak? Lepas tu Dia bagi pulak hadiah paling bermakna iaitu hikmah yang hanya akan kita nampak kalau kita cari dengan hati, SubhanAllah.

Kita kena sedar selama ini kita jauh sangat dari Allah, kita terlalu enak menyusun mimpi tanpa meletakkan Allah sebagai tujuan utama, kita terlalu indah melayari bahagia sampai kita lupa untuk ucap syukur pada Allah, kita terlalu hangat mengucap kata cinta, mengagungkan puisi dan lagu cinta langsung lupa untuk mencintai Allah. Jauh betul kita dari Allah, tetapi cintaNya Allah itu pada kita, Dia sendiri datang menarik kita kembali kepadaNya. Masha Allah, hebatnya cinta Allah, Dia nak pelihara kita dari terus lalai dalam cinta bernafsu dan harapan palsu! Dia kan Pencipta kita,tentu Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui. PerancanganNya lebih indah dari imaginasi kita, cuba tengok sekeliling, diciptakan laut yang menjadi tempat kebanyakkan kita mencari damai, diciptakan haiwan yang comel sebagai peneman, diciptakan awan, tumbuhan, gunung untuk mengindahkan pemandangan dan macam-macam lagi ciptaanNya. Tanpa semua ciptaan ini, terbayang tak dalam fikiran kita akan terciptanya semua ini?

Jadi macam tu lah jugak perancangan Allah dalam perkara jodoh. Jodoh itu misteri. Kita berkawan dengan seseorang, tiba-tiba suatu hari Allah tarik dia dari kita, tanpa pengetahuan kita rupa-rupanya Allah nak beri seseorang yang lebih baik untuk kita, Masha Allah tapi kita tak terfikir semua tu sebab kita rasa kita dah dapat apa yang kita nak selama ni, sedangkan Allah sebenarnya nak beri yang terbaik antara yang terbaik kepada kita. Cuma kita perlu belajar untuk bersabar, belajar dari kesilapan kita, belajar mencintai Allah, belajar memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik, belajar untuk menjaga hati kita dari perkara-perkara yang tidak baik dan belajar merasai kepahitan sebelum dapat rasa kemanisan =)

Dalam cerita dongeng pun, Cinderella atau Snow White, sebelum diorang happily ever after pun diorang terpaksa melalui kepayahan kan? Ingat, perancangan Allah lebih indah dari imaginasi kita. Jangan kerana dah terlalu terbiasa dengan cara hidup berpasangan, permodenan hidup sampai kita terus menerus membelakangkan Dia sebagai Penentu ke atas sesuatu. Allah hanya mahukan yang terbaik untuk hamba-hambaNya, bukan Dia mahu menyeksa, tapi Allah hanya mahu kita sedar semua yang berlaku adalah dengan izinNya, supaya kita bergerak betul-betul di atas landasanNya. Dia nak kita melalui dunia dengan cara yang paling indah supaya di akhirat nanti pun kita mampu untuk terus merasa keindahan itu. Cinta dan kasih sayang Allah itu terlalu besar, dan Allah berhak memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Andai kita dipilih untuk melalui ujian ini, bersyukurlah kerana itu membuktikan Allah benar-benar menyayangi diri kita :)

No comments: