Pilu rasa berpeluang bertemu lagi, tak terungkap perasaan dalam nurani
Berlumba hamba yang kerdil bertarung berdiri dengan dikelilingi lautan indahnya duniawi
Sabarlah sayang, inilah masa merawat hati melatih diri menjadi lebih berhati-hati
Melihat dan memilih antara nafsu dan hakiki, bukti bukan lagi syaitan menguasai rohani
Kerana yang dicari bukanlah kepuasan diri tapi yang dituju ialah redha Ilahi.
Dari awal dah mula membilang hari mau berjuang dari siang sampai dinihari
Solat, puasa, sambung mengaji MashaAllah seronok rasa tak mampu diungkapi
Kena tambah tolak yang puasa yang e'bisi (ABC) dah mula rasa sepi bila tak dapat puasa, solat lagi
Alahai sayunya hati rasa tersangat rugi tapi tetaplah doa Dia selalu di hati
Mohon amal diberkati dan maghfirah didapati buat bekal di dunia baru nanti.
Kini madrasah ramadhan mulai menutupkan tirai meninggalkan hamba yang amal tak cukup lagi
Menangis seisi penduduk langit dan bumi yang sedih, pilu, sayu menunduk diri
Memikirkan masih maukah ramadhan berkunjung lagi atau mungkin ini perjalanan yang terakhir buat kami?
Wallahua'lam, rahsia itu hanya pada Allah yang Maha Mengetahui
Bersiap sedialah wahai hati-hati yang sudah terdidik sejak awal pengajian lagi
Moga hati kami berterusan bersungguh mencari lesen menjadi ahli syurgawi.
InsyaAllah.
Ramadhan yang pergi tetap akan pergi, tapi ramadhan yang abadi tetap hidup dalam hati kami.
Taqaballahuminnawaminkum.
Taqaballahuminnawaminkum.
2 comments:
hmmm...syaz...nnt boleh hubungi no ni balik...0196388661..dari sahabat lamamu =)
tak mungkin yang terakhir.. :D
Post a Comment