May 4, 2010

lipas ada poket la CikNa


Perbualan CikNa dengan budak 4 tahun

CikNa: Fira, tengok kartun lah.

Safirrah: Ok. Kite tengok Thumbelina, ok? Dia cantik.

CikNa: Taknak. Shrek la.

Safirrah: Ala CD Shrek da hilang CikNa, kite tengok Sowhite (Snowhite) la

CikNa: Taknak la. Ari-ari pasang snowhite.

Safirrah: Erm..kejap (sambil cari CD) haa kita tengok Ants ok?

(sambil nak keluarkan CD tapi macam sangkut jadi I bangun la nak tolong)

Safirrah: CikNa tido balik! Biar fira buat ye

wooooo kena marah T_T Lepas pasang CD, dia duduk sebelah I

Safirrah: CikNa, semalam fira lampak (nampak) ada lipas ambek kopok kite.

CikNa: Macam mana lipas ambik kopok fira?

Safirrah: Dia ambik guna tangan la, dia ada (sambil mengira jari) one, two, three, four, five haa dia ada dua tangan. Maa beli kopok tu untuk kite, bukan untuk lipas.


CikNa: Hah. Lima pastu dua. Fira, lipas ambik kopok fira sebab dia takda duit nak beli kopok.

Safirrah: Lipas ada duit la CikNa. Dia simpan dalam poket dia. Nanti dia pergi beli kopok dekat kedai kecik.

CikNa: Lipas mana ada poket.

Safirrah: Adala CikNa, nanti dia pakai baju, dia ada la poket.

CikNa: Mana baju dia?

Safirrah: Ada banyak, kat rumah Maklong.

LOL

9 comments:

NurulAtiqah said...

hahahaha..imaginasi tinggi ye syg~~pasni jd bio tech eng wat poket tuk lipas tu~

syamsurie2306 said...

owh....mak long ternak lipas yer...

-p- said...

hmm too much of "Oggy and Crocoaches".. btol ke eja cocoashes tuh? haha.. dh lame x spell it rite..

penarek becha said...

ahahahah.. lawak jugak dak kecik kadang2. macam cirte alice n wonderland pun ada imaginasi beliau.

nurul syazana said...

atiQah: haa kn kn. garang lak tu. hehe

abg syam: haha. kantoi di situ. klu suruh dia smbg cerita lg, mesti dia ckp Maklong pembekal baju kat lipas. haha

pen: u ni pon satu. bole thn gak la. haha. nnt i tnya fira ejaan tu. ntah2 dia lg pndai. hahaha

penarek becha: oh haa, ari ni i kena paksa tgk alice in wonderland. naseb baik CD ilang. hahaha

Arief Arf said...

nak tgk cite so white!
hahaha

leya said...

comey2 je ank buah kamu syaz..
hehehehe..
statment 'lipas ade poket la cikna..' mmg leya gelak hbs la..
mule2 bc pbualan u all pown, leya dh gelak..ciap kne marah ag 2.. adeh cikna oi..
huhuhu..
:)

psychopath said...

comel la budak ni.

me said...

ank buah comelllllllll!!!