Apr 25, 2010

Bukit Tinggi best!

seusai menjawab soalan muet yang susah, I terus ke Bukit Tinggi dengan Kakngah, Abg Syam, Safiyyah, Safirrah dan Sayyidah. Ini adalah kali pertama I jejak kaki kat sana dan semestinya nak pergi lagi lepas ni, insyaAllah. Best kot walaupun tak banyak aktiviti boleh buat kat sana, tapi tempat tu saaaaangat cantik dan sejuk.

semestinya Rabbit Park adalah tarikan utama sebab arnab dia semua comel sangat dan gemuk-gemuk lagi besar dari Kintan. Sebenarnya kan I bukan takut dengan arnab tau, cuma I tak biasa je ^-^ sebab selama ni I asyik berkawan dengan kucing je kan, jadi bila arnab ke hamster ke datang dekat terus I macam kena kejutan elektrik.






tapi selepas mendapat sokongan moral dari Kakngah dan Safiyyah, sekarang I dah tak geli dengan arnab, tahu? Lebih-lebih lagi lepas kena marah dengan Safirrah sebab I asyik lari setiap kali arnab datang dekat, terus I jadi berani sikit. Sikit je la sebab sambil I membelai dan memberi makan kat arnab tu I tutup mata membayangkan arnab tu Kintan. hohoho

pencapaian hidup ni, berjaya bagi makan kat arnab :)


Simon aka Seman ini adalah perkongsian hidup kuda dan keldai tau.
senyum lebar dia dapat bergambar dengan I. ehem :P



selepas kejayaan dengan arnab, dengan rusa pun I jadi friendly :)

<>
Lepas tu semangat dengan baju kurung panjat bukit ke Japanese Village yang sangat cantik dan hijau dan sejuk sebelum ke Colmar Tropicale untuk jalan-jalan cari makan.











hooo memang best lah bukit tinggi! Memang terus I lupakan ke-tak-best-an menjawab soalan muet tadi. ehe :)

6 comments:

-p- said...

bukit tggi besh?? haha my last trip made me so bored laa...

psychopath said...

pe pasal kau berdiri sama tinggi dgn budak atas keldai ?

mOmmy of Triplets plus One said...

ni sure nanti kes ade org tu akn langkah panjang drive gi bukit tinggi ngan kawan2 pastu besoknye die bising duit dh pokai. kan kan :P

-p- said...

hahahaha...

nurul syazana said...

pen: oh BT eh u cite tak best tu? tapi best la. maybe sbb jump rebit kot, tu yg i xcited semacam. haha

akmal: keldai tu kecik je kot :P

kak mun: haha. tapi kalau g ngn kwn2 cam tak best sbb xbyk benda boleh buat. klu g ngn ehem ehem best lah kot. ahaha.

dhia nor hashim shah said...

tolong2...nk g BT gak..nak bajet rm ni..plisss!!!