Jun 2, 2010

Reunion KM3

Kalau dulu semua pun muka baik muka tak bersalah muka kebudakan lah konon. Bila pusing belakang, macam tak percaya itu semua empat tahun yang lalu. Kenangan yang mempertemukan 27 putera dan 6 puteri yang bermacam jenis perangai dalam kelas yang sama untuk dua tahun berturut-turut yang bila jumpa selepas empat tahun memang tak sah kalau tak ungkit cerita lama kan.


Sebelum-sebelum ni memang ada jugak jumpa, lepak, beraya, tengok wayang sama-sama, tapi balik-balik muka yang tu jugak lah yang join. Kalau nak tunggu semua free rancang la dua tiga bulan sebelum pun mesti tak semua boleh join. Biasalah, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segala-galanya.

Tapi Alhamdulilah, pertemuan yang diaturkan oleh seorang surirumah sebulan sebelum kejadian mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Haha macam buat laporan kat Sinar pulak. Tak tak, macam ni, disebabkan I je yang ala-ala banyak masa terluang, dan dengan bantuan fesbuk, I cuba untuk menghubungi budak-budak ini. Terima kasih juga untuk korang yang mewar-warkan pada yang tak dapat I hubungi. Out of 33, memang tak sangka 70% orang datang. Memang meriah sangat la BbQ Land & Steamboat Kuang malam tu. Ye la, empat tahun punya cerita nak cerita kan? Haha

Yang bestnya tetamu vip, Ckg Nazri pun sempat beramah mesra dengan penduduk sekitar, ecewah. Sempatla kan berpoyo-poyo-an dengan kitorang sambil makan besar gitu. Overall, memang best, dapat jumpa kawan lama, dapat borak-borak. InsyaAllah, kalau panjang umur kita jumpa lagi bulan depan ke tahun depan ke bila-bila lah yea. ^_^













Gambar: dicuri dari fesbuk Ayen & Fasehah. TQ :)

4 comments:

Qamaruls said...

tinggi nyer kou... ha3

eykaa aziz said...

wah.. beshkan dpt reunion. jumpe kawan2 lame (:

terserlah keceriaan anda. huhu :D

Amylea said...

besnyee korg pnye reunion syazzz...jelessssss...

nurul syazana said...

kama: tak la. tipu gamba tu. haha

eyka: best kan kan kan. kite pn kne wat reunion la eyka. hhe

amy: tu la. terkejut gak rmai dtg. haha. korg bila nk buat?