Jul 4, 2010

aussie im in love - part 3

Masa trip ke europe februari lepas, aku main hentam je nak bawak baju apa yang sesuai dengan cuaca kat sana. Masa tu suhu min kalau tak silap 3'C kot pastu campur hujan lagi, ended up aku pakai 3,4 lapis baju tambah sweater pun menggigil tak hengat punya.

Kat aussie pulak tengah musim sejuk, suhu max 23'C kot. Tapi sebab Abg Syam cakap kat sana tengahari dia lebih kurang tengahari kita, so dalam hati membayangkan kalau takat pagi dengan malam je sejuk, boleh tahan la kot, maka takda la bawak sweater bagai. Rupa-rupanya telahan aku silap, pagi dengan malam memang gila sejuuuuuk macam dekat europe. Memang terus berpantang kena air la cerita dia. Nak mandi pun fikir 2,3 kali tau haha huish kantoi di situ.

Tapi pergi Movie World mestilah kena mandi. Nak nak dapat jumpa Batman, Flashman, Geng Scooby Doo, Austin Power, Marilyn Monroe, takkan lah tak mandi kan kan ^_^

Anyway, apa ada dengan Movie World? Macam-macam ada. Benda yang MESTI pergi ialah Shrek 4D, ScoobyDoo Coaster, Wild West Falls, Stunt Driver, Batman Ride, macam-macam lah dan kalau ada anak-anak kecil sila lah ke Warner Bros Kids Theme Park. BEST! Saya sangat lah teruja tapi sebab kat kids theme park tu mostly parents dengan anak-anak, automatik saya jadi malu nak tunjuk keterujaan itu.

Satu lagi, aku eksaited sangat bila nampak Charlie Chocolate Factory. Memang kalau boleh nak borong ceklat tu sambil bayangkan masuk kilang dia dengan oompa-oompa yang gila comel tu kan, tapi sebab tak faham ingredients dia, ragu-ragu pulak halal ke tak, maka tidak bertemu jodoh dengan ceklat charlie T____T














Untuk berpusing dan bermain dalam Movie World sahaja memerlukan lebih kurang sehari suntuk tapi jangan risau sebab dalam tu disediakan surau dan sebuah restoran makanan halal. Jadi mudah untuk kita sebagai orang Islam untuk beribadat dan merangka perjalanan kita bila berada di tempat orang ^_^

Sekian, jumpa lagi :)

6 comments:

shahril nizam said...

just nice!!! look epy jr kn..
so, ade x svnr utk shahril.. hurm!!
dont forget hah!!! hehehe.. :-p

mOmmy of Triplets plus One said...

wah dah ade surau kt sane. cool
dulu kak mun pegi kena solat belakang2 bagunan, cari port mane yg rase org tak byk lalu lalang.
nana naik yg log turun water splash tu? bes bes kan =)

nurul syazana said...

shahril: alamak. ni dah sebulan selepas. ceklat sume habis T___T nnt la syaz gnti lain ke..hehe

kak mun: best kot main tu. da la tggi gila. nana naik 2x lg tau ^_^

nuRuL aZieRa said...

wahh..sngt best di situ...=)

lain kali kalu pegi, ziera nk itot! hehe...

NH said...

i sempat tengok batman je. scooby doo show semua tak sempat. mcm nak meraung je time tu T.T (emo) hahah

nurul syazana said...

ziera: JOM JOM!! ^_^

hdyh: batman i tak naek po. takot kot. haha. yg scoobydoo tu gila best u!! mnangis i naik bnde jadah tu. haha