Sep 9, 2010

Masih ada syawal


Pejam celik pejam celik, sudah hampir ke penghujung pun bulan yang mulia ini. Moga ibadah ku diterima sepanjang ramadhan ini, moga aku diberi kesempatan untuk bertemu lagi ramadhan pada tahun hadapan, InsyaAllah.

Syukur alhamdulilah, masih ada syawal untuk aku. Malam ni akan kedengaran takbir raya menandakan esok hari raya, esok hari raya ^_^ Seperti tahun-tahun sebelum ni, kami sekeluarga akan beraya di KL terlebih dahulu, raya kedua atau raya ketiga baru bergerak balik ke Penang. Pssst sebenarnya kan, dari awal tahun lagi aku dah rasakan keterujaan dan kelainan beraya tahun ni. Hee nantilah cerita lagi.

Di kesempatan ini, aku dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf buat semua yang mengenali diri ini andai terkasar bahasa atau tersilap kat mana-mana. Semoga syawal kali ini membawa seribu keberkatan dan kebahagiaan pada seluruh umat Islam. Dalam kita meraikan kemenangan sebulan berpuasa ini, tidak dilupakan juga doa buat insan-insan tersayang yang telah pergi dulu sebelum kita, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan mereka di tempat orang yang beriman dan beramal soleh. Juga buat rakyat Palestin yang masih terus dibelengu kekejaman puak Israel. Semoga mereka sentiasa kuat dan tabah menghadapi dugaan Allah ini. Ingatlah dalam kita bergembira, jangan dilupa akan kesengsaraan umat Islam di tempat lain. Bersyukurlah kita masih punya kesempatan untuk merasa syawal dalam sebuah negara yang aman dan harmoni ini. Semoga ini bukan ramadhan dan syawal yang terakhir untuk kita, InsyaAllah.

Selamat hari raya, Assalamualaikum.

5 comments:

afla said...

selamat menyambut lebaran..
semoga berbahgia bersama keluarga tercinta!!
maaf kn afla jika ade slah & silap..

nana said...

salam aidilfitri syazana =)

Arief Arf said...

selamat hari raya!
X)

nsk2077 said...

Nana...selamat hari raya..maaf salah dansilap akak selama ini.

nurul syazana said...

afla: sama la kita. i pon minta maaf atas slh silap ye :)

nana: slmt hari raya nana!

arief: slmt hari raya!

kak syu: nana pon minta maaf slh silap sume. bila nk mai raya ni?