Sep 20, 2010

Setahun sekali

Masalah betul bila abang unifi takmo percepatkan application aku untuk pasang internet kat rumah maka bila orang lain dah gigih cerita sampai raya ke 11, cek dok gigih tang cerita raya pertama lagi. Ahaha ala apa ada hal, raya sebulan kan kan? Ni pun mood raya cek dok berkobaQ-kobaQ lagi walaupun isnin ada kelas, selasa ada test, rabu ada presentation, khamis ada presentation, jumaat ada test, sabtu kelas ganti lagi...............wow syoknyaaaaa raya kan?

Untuk aku, ini adalah syawal yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaling Alhamdulilah best sangat sangat best. Walaupun penat melayan tetamu yang tak putus-putus datang raya pertama tu, tapi disebabkan seronok sangat sampaikan sebelum tidur pun rasa nak senyum je. Haih rasa macam cepat sangat masa berlalu.

Btw, kitorang tak sempat bergambar langsung raya pertama tu sebab masing-masing sibuk melayan tetamu, jadi few days before raya tu kitorang dah awal-awal ambil gambar keluarga. Aci la jugak kan walaupun gambar pra-raya. Hehe ^_^





Oh oh rindunya raya pertama :)

2 comments:

Amylea said...

cantiknyyaa gambar. ditambah lg dgn rumah yg lawa...=)

Encik Psychopath said...

comelnye gambar raye ko syg.