Hari pertama, ketika itu aku keseorangan menunggu lif untuk naik ke bilik, terus wanita itu bergerak laju mengikuti ku sambil tersenyum. Dia berhenti di tingkat 2, tanpa memandangku, dia ucapkan salam dan terus pergi. Aku tersenyum dalam hati.
Hari kedua, seusai sampai aku di lobby hotel dari masjid, dia yang sedang duduk di lobby terus tersenyum dan pantas mengikut aku naik lif. Sama. Sampai tingkat 2, tanpa memandangku, dia ucapkan salam dan terus pergi. Aku senyum lagi.
Hari ketiga, aku mencari kelibatnya di lobby selepas kembali dari masjid, yes! Dia memang ada di situ tapi kali ini dia memberi isyarat yang dia akan naik lif bersama suaminya yang duduk di sebelah lalu memperkenalkan aku kepada suaminya dari jauh. Aku hanya mengangguk dan membalas senyuman mereka. Pelik, kejadian sekecil itu boleh buat aku senyum sepanjang hari.

Hari keempat dan hari terakhir aku di Madinah, saat aku ingin check-out dari hotel, aku ternampak dia dan suami tapi mereka membelakangkan aku. Aku tidak berani menegur lalu terus keluar dari hotel. Tetapi entah macam mana suaminya perasan akan aku dan terus memberitahu wanita itu. Dia kejar aku sampai keluar, lalu peluk cium aku, umpama kawan lama yang tak mahu berpisah. Dia berkata sesuatu pada aku dalam bahasa Arab, tapi malangnya tiada satu patah katanya yang aku faham, aku hanya mampu mengangguk dan tersenyum dalam sebak. Dalam hati saat itu, aku berdoa semoga Allah menemukan aku dengan dia lagi. Aku sempat memberitahunya yang aku akan bertolak ke Mekah dan semoga kita berjumpa di Mekah, dalam bahasa Inggeris. Sebelum bertolak, aku salam dan peluk dia lagi dan terus menaiki bas untuk ke Mekah.
MashaAllah, hatiku terus berbunga gembira saat itu. Dan masih jelas kejadian itu walaupun selepas 9 bulan ia dah berlalu :D :D
Di Mekah, aku tidak bertemu dengannya, mungkin bukan jodoh. Tak mengapalah. Tapi aku terjumpa Fahrin Ahmad selepas selesai membuat umrah di Mekah tau! Agak-agak ada jodoh tak dengan yang tu? Hehehehe gurau je :P

No comments:
Post a Comment