Jun 13, 2012
UAI datang Unisel!
Congratulations and a big thank you to the students of Faculty of Communication & Media Unisel for organizing a great sharing ilm' (knowledge) event with the coolest Ustaz of the year, Ustaz Azhar Idrus (UAI). May Allah bless those who involved and give the strength to all of you to organize more Islamic event after this, Insya Allah and may Allah bless UAI and his family for sharing the ilm' with us, Aminn ya robb.
So anyway, the event started at 12 PM with the Q&A session which took about 1 and half hours with UAI answering almost 25 questions asked by the students. I'll share with you all the answers in bahasa, ok? :) And do correct me if I'm wrong.
1. Update status (Facebook, Twitter, dsb) ketika waktu bekerja.
Secara umumnya, ia bergantung kepada jenis pekerjaan. Tetapi selagi kerja tidak tergendala dan menyusahkan orang lain, maka dibenarkan.
2. Menegur orang yang tidak menutup aurat.
Tujuan manusia diciptakan adalah untuk saling mengingati, dan adanya kitab Al-Quran sebagai peringatan. Jadi manusia perlu sentiasa belajar memahami yang manusia itu fitrahnya bernafsu, kerana tidak menutup aurat, seseorang itu boleh memberi impak negatif kepada nafsu manusia. Menutup aurat juga sebenarnya merupakan cara menghormati diri sendiri kerana Allah.
3. Nikah khitbah menyelamatkan generasi muda.
Khitbah (tangguh) ialah selagi isteri tidak menjejakkan kaki di rumah suami, maka nafkahnya masih terikat pada wali.
4. Bagaimana beragama dalam berpolitik.
Agama Islam itu perlu ada sebagai peraturan untuk memastikan kestabilan dalam politik. Setiap rakyat perlu mengambil tahu isu semasa dan situasi politik kita. Kita tidak boleh mengelak dari perkara itu kerana kelak di akhirat nanti kita akan tetap ditanya tentang tanggungjawab memilih pemerintah.
5. 'Stairway to Heaven' menurut Islam.
Asal keturunan manusia ialah syurga kerana moyang kita, Adam & Hawa asalnya dari syurga. Jadi tiada jalan singkat untuk menaiki tangga ke syurga kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
6. Hukum ber 'couple' dan keluar berdua-duaan.
Cinta tidak haram tetapi apa yang difitrahkan dari perasaan cinta itu boleh menjadi haram. Keluar berdua-duaan tidak jatuh hukum haram TETAPI perkara itu dikhuatiri boleh menghampiri perkara zina, jadi sebaiknya elakkan berdua-duaan, kawal nafsu dan tundukkan pandangan.
7. Wajarkan siwa/si kahwin muda.
Kahwinlah kalau mampu.
8. Kahwin lari tanpa restu ibu bapa.
Walaupun tidak mendapat restu, jangan guna kaedah kahwin lari sebab kita masih punya alternatif lain iaitu wali hakim. Mendapat restu ibu bapa bukanlah wajib, tetapi bila ada restu itu lebih baik.
9. Hukum pergi konsert K-Pop
Hiburan dalam Islam dibenarkan tetapi ada caranya. Bila hadir majlis yang mendedahkan aurat, hiburan yang melampau dan menggalakkan maksiat, majlis seperti ini hanya akan mengundang dosa.
10. Menegur orang lain bila diri sendiri masih berdosa.
Selain Nabi yang maksum, setiap dari kita memang orang yang berdosa belaka. Tetapi tanggungjawab untuk menyampaikan kebaikan tetap ada walaupun kita sendiri masih buat perkara-perkara yang berdosa. Perumpamaannya seperti orang yang sedang melakukan zina, tiba-tiba ada seorang perempuan tidak menutup aurat lalu, lelaki yang sedang berzina itu wajib menegur perempuan itu untuk menutup aurat.
11. Study group bercampur lelaki dan perempuan.
Seeloknya duduk di meja bersebelahan antara satu sama lain, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan.
12. Ramalan zodiak dalam majalah.
Haram, sesiapa yang mempercayainya tidak diterima amal ibadahnya. Sebagai orang Islam, kita perlu sentiasa berusaha dan berikhtiar bukan bergantung pada ramalan (tilik nasib).
13. Kategori mimpi.
- Mimpi yang baik
- Mimpi syaitan (hanya sekadar menakutkan. Baca A'uzubillah dan ludah 3x sebelah kiri)
- Mimpi igauan (bila terlalu memikirkan sesuatu sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi)
14. Tentang jodoh.
Jodoh tidak bermakna akan kekal selamanya kerana semua itu Allah pinjamkan untuk sementara.
15. Check handbag perempuan.
Selain isteri, tidak dibenarkan.
16. Memakai tudung dengan sanggul tinggi.
Dilarang bila sengaja ditinggikan dan untuk menarik perhatian. Tetapi tidak jatuh hukum haram.
17. Hukum melewatkan solat fardhu.
Contoh solat Zohor - solat di awal waktu afdhal, solat pukul 2.30 makruh, solat bila hampir waktu asar jadi haram.
18. Makan di restoran yang tukang masaknya bukan Islam.
Dibenarkan tetapi pastikan alat dan bahan masak yang digunakan bersih dan halal. Tak semestinya tukang masak orang Islam, bahan masakan yang digunakan halal. Jadi perlu selalu berhati-hati bila makan di luar.
19. Sambut April Fool
Tak perlu kerana hanya bertujuan menyusahkan orang.
20. Pakaian seorang muslimah.
Bukan hanya sekadar hitam. Boleh memakai pakaian dengan warna yang lembut-lembut, tidak terlalu terang/garang.
21. Sentiasa segar dan tidak mengantuk dalam kelas.
Cara yang diamalkan Nabi ialah mengubah sedikit kedudukan tetapi masih di tempat yang sama atau cuba berjalan/berdiri sekejap.
22. Saka.
Mengamalkan saka adalah perbuatan syirik. Seeloknya buang awal.
23. Hukum pakai contact lens.
Hukumnya harus sebagai ganti cermin mata (untuk membantu penglihatan) tetapi ada 2 pandangan ulama;
- Haram bila permanently mengubah warna anak mata dan bertujuan untuk menarik perhatian
- Tidak haram sebab tak kekal
24. Suami tak bagi nafkah, isteri tinggi suara.
Wajib bagi seorang semua untuk memberi nafkah kepada isteri walaupun gaji isteri lebih tinggi. Berdosa bagi suami yang sengaja tak beri nafkah sedangkan dia mampu. Isteri boleh menegur tetapi dengan menggunakan nada suara yang rendah.
25. Lelaki pakai inai.
Dilarang kerana inai hanya khusus untuk perempuan. Begitu juga dengan adat membatalkan air sembahyang selepas akad nikah, cukup sekadar bersalam sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment