So anyway, kami menaiki feri 7 tingkat ini untuk ke Morocco selama lebih kurang 45 minit. Alhamdulilah perjalanan adalah sangat smooth kecuali untuk orang yang mabuk laut, 45 minit itu akan menjadi your worst 45 minutes. Lebih-lebih lagi dekat tengah laut tu, memang bergelora sangat, feri pun terumbang-ambing, kalau berjaya buat-buat tidur pun is good enough la.
Dalam feri tu memang sangat cantik. Semua pelancong memang akan dapat tiket VIP kalau tak silap I, ruang sangat besar nak main lari-lari pun boleh tau. Hehe. Perjalanan pergi ni memang best, tenang, just bayangkan macam dalam titanic lah :P
The worst part was perjalanan pulang selepas seminggu di Morocco. Feri yang kami naiki sangat berbeza kali ini. Compared to the previous one, feri ni kecil 3 tingkat je. Tapi keadaan dalam feri memang sangat cantik dan luas. We were told that, riding with this ferry will took about 2 hours to arrive at our destiny. Lama gila kan? Apatah lagi untuk orang yang mabuk laut. Memang teruklah 2 jam nak muntah kan.
Few minutes lepas berlepas dari pelabuhan, hujan mula turun dengan lebat, air laut mula bergelora, ombak tinggi sangat. I try buat-buat tidur supaya I tak pening kepala sambil dengar lagu kat henfon.
Selepas lebih kurang sejam perjalanan, tiba-tiba feri terumbang-ambing, ombak terlalu kuat, semua kerusi jatuh, dekat kitchen memang jelas boleh dengar cawan pinggan pecah, semua yang tidur atas kerusi jatuh ke lantai. Memang pengalaman yang paling menakutkan I pernah rasa.
Ada satu couple ni tengah tidur dengan anak dia atas kerusi panjang, then masa ombak besar datang, tiga-tiga jatuh lepas tu kerusi semua bergerak timpa diorang, boleh bayangkan tak? Nak jalan pun susah, memang tak dapat tolong diorang. Semua orang dalam feri mengucap, baca doa, semua orang terkejut.
Masa tu memang rasa macam ajal dah dekat dah. Takut sangat. Dengan hujan lebat, feri tu macam tak bergerak sebab ombak kuat sangat. Tapi Alhamdulilah, kami sampai di destinasi dengan selamat selepas 3 jam lebih kurang. Memang bersyukur sangat masa tu. Fuuuh.
Itulah pengalaman paling menakutkan kitorang pernah rasa. Even orang yang pergi-balik kerja dengan feri tu pun kata selama 20 tahun dia naik, ini adalah pertama kali dia rasa teruk macam ni.
Turun dari feri, semua bercerita pasal pengalaman tu. Tapi apa-apa pun, memang bersyukur sangat Allah masih panjangkan umur kami. Alhamdulilah.
No comments:
Post a Comment