Apr 22, 2010

Laskar Pelangi?

'laskar pelangi ialah sebuah filem yang sangat ringkas dan indah sekali. Sarat dengan mesej yang berguna. A+++ ibu bagi'

- ibu syaz, pengkritik filem

'anak-anak ini sangat comel, bijak dan berbakat'

- cajana, penagih filem

'filem ini berjaya memberi inspirasi untuk anak-anak yang ingin berjaya walaupun datang dari keluarga yang miskin'

- anak pak said, editor syazpnyedotblogspotdotcom

'saya sangat senang sekali dengan filem ini malah tidak jemu nonton 3,4 kali'

- nana, potpetdotcom

pendapat I? filem ni coooooomel sangat. I paling suka Mahar, the hensem one, i tell u. kihkih eh oh pasal filem, bukan pasal pelakon? erm pada i filem ni memang best, dia cerita pasal usaha Ibu Muslimah yang tetap mahu mengajar anak-anak miskin yang tidak mampu bayar yuran untuk masuk ke sekolah harian tapi anak-anak seramai 12 orang yang dipanggil laskar pelangi ini amat istimewa dan bijak sekali. Kelakar pun kelakar lebih-labih lagi part Ikal angau bercinta, tarian ciptaan Mahar untuk karnival dan ada one part tu diorang pergi jumpa Tuk Bayan Tula untuk minta mantera sakti..lawak gila okeh!!! I dengan segera jatuh cinta kat Mahar. hehe. oh pasal Lintang pulak? ala...I nak cerita pasal Mahar. hmm ye la, Lintang..hmm Lintang ialah pelajar paling genius tau. especially dalam Math. hebat sangat. Dia lah pelajar pertama Ibu Muslimah dan yang pertama meninggalkan mereka sebab kena jaga adik-adik setelah kematian bapanya. memang sedih tapi aduhai cerita ni sweet gile, i suka i suka i suka sangat!!

- pemberi komen yang tidak sempat beritahu nama kerana terlalu teruja dengan Mahar :O


part paling best Mahar nyanyi untuk Ikal;

mantera sakti Tuk Bayan Tula;

'kalau nak pintar, belajar

kalau nak berhasil, usaha'

kalau tak ikut perintah boleh jadi kodok.

ahahaha korang c.o.m.e.l tahu?

No comments: