Dec 31, 2011

Andai Esok Tiada Lagi


Tiada siapa yang lebih mengetahui,
hari demi hari dah aku lalui,
satu persatu mimpi telah aku lewati,
tak mampu dinafi penuh warna-warni,
yang tersenyum yang ditangisi,
indah tersimpan rapi dalam hati.

Andai esok tiada lagi,
biarkan semalam jadi bukti,
habiskan yang terbaik hari ini,
walau takkan cukup untuk jannah yang dicari,
sebab tak mungkin masa nak kembali,
mengejar semula detik yang aku sesali.

Dan bila tiba masa nanti,
maafkan, ampuni aku Ya Rabbi,
tak mungkin aku mampu lari lagi,
kerana tak satu yang akan terkecuali,
yang menanggung tetap diri sendiri,
di depan Allah Yang Mengetahui.

No comments: